Sunday, February 7, 2010

Bertikam Keris

Bila dua pesilat memegang keris, mampukah salah seorang menikam lawanya..umpama seperti dua orang mengacu pistol sesama mereka, pasti kedua-keduanya mati.

Kecuali mereka diam dan memerhati siapa berkelip mata, baru ditikam atau ditembak.

Melihat permainan hari ini, hampir tidak ada bila seorang melangkah sumbang baru lawanya akan menikam, sebaliknya banyak yang mengayakan permainan menikam dengan tapak menanti dan tapak menyerang.

apa salah kalo ditonjol sedikit permainan keris yang menikam ketika musuh dalam keadaan tapak sonsang.
secara logiknya jika ditikam tapak berdepan alamatnya kedua-duanya mati.

walaubagaimanpun tapak ia hanya sebuah permainan.

Tidak juga salah menunjukkan aspek praktikal dengan menikam ketika musuh dalam keadaan sonsang

Bermain  tapak berdepan pun tidak salah..kerana ia umpama bermain bola dipetang hari....bukan sebuah perlawanan merebut sebentuk piala...
 
Lakaran gambar Tuah Jebat ini menunjukkan bagaimana  keris ditikam ketika tapak salah seorang sonsang

No comments:

Post a Comment