Wednesday, April 21, 2010

Pencarian Gayong


Ilmu Meor Rahman bukan hanya ada pada guru kita sahaja, Ilmunya diturunkan kepada ramai anak murid di merata dunia. 

Oleh sebab itu, janganlah kita menghalang anak murid yang ingin mencarinya, benarkan mereka belajar dengan sesiapa sahaja, Ilmu Dato' mungkin ada sedikit di Gayong Malaysia, Gayong Pasak, Pusaka Gayong dan pelbagai pertubuhan berdaftar. Ilmu beliau juga mungkin ada di tangan anak-anak gayong lama yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan. benarkan mereka berjalan mencari, sebagai guru tunjukkanlah jalan kepada mereka.


Sebagai murid pula janganlah kita meninggalkan guru kita, seburuk-buruk guru kita dia lah yang mengenalkan kita kepada silat. Hormatilah dia, kerana sehebat mana pun ilmu yang kita dapat dialah permulaanya.