Tuesday, November 17, 2009

SPARRING

Latihan sparring merupakan latihan yang senantiasa di terap oleh jurulatih saya.

menurut cikgu tidak ada guna jika kita hanya mempunyai pergerakan yang cantik, tapak yang rendah serta kemas kuncian tetapi hanya sesuai untuk pertunjukkan sahaja.

Sebab itulah latihan tempur amat penting setiap kali latihan.

Kalu temu luar gelanggang kecut perut kak loh wei

Monday, November 9, 2009

Cikgu Roslan/Abe Lan

Abang Lan, merupakan antara gurulatih utama Gayong Bachok

Mungkin generasi Gayong Bachok hari ini tidak berapa mengenali beliau, terutamanya gelanggang Maahad Muhammadi Lelaki,

Tetapi masa saya bersekolah dulu inilah jurulatih yang dinanti-nanti kehadiranya

saya diperlimau tapak oleh beliau


Abang Lan bersama Pak Ngah Izahar

Cikgu Muzairi

Boleh dikatakan saya membesar dihadapan beliau dalam Seni Gayong

Seorang cikgu yang komited dan cukup di geruni permainanya

saya masih ingat lagi di lobi Maahad Muhammadi, bagaimana senior saya melambung di tendang Cikgu huhu, aksi real 2.

Selain Cikgu Nasir dan Abg Lan inilah Jurulatih yang pertama saya kenal masa mula-mula bergayong


Cikgu Muzairi dengan aksi tongkat panjang



Nampak serius tapi baik hati, tapi jangan sampai cikgu kacip gigi...time 2 faham-faham la yer

Permainan tapak rimau..jangan cuba-cuba permainan kegemaran Cikgu

Tuesday, November 3, 2009

Tapak Gayong

Melihat permainan anak Gayong tidak kiralah dari gelanggang mana membuat saya tersenyum puas

Bukan kerana apa, kadang-kadang aksi yang mereka lakukan saya sendiri tidak mampu buat,

Saya masih lagi baru dalam seni Gayong ditambah pula malas berlatih...

Tapi alangkah cantik, kalau di serikan dengan tapak Gayong

dalam Gayong ada pelbagai tapak yang sudah lama tidak di gayakan..

Dalam Gayong ada pelbagai gaya tapak yang merupakan manifestasi ngeri

ada tapak harimau, naga,ular, rajawali dll