Wednesday, September 21, 2011

Ciplak@Curi

Mengambil tulisan dan idea orang sebijik-sebijik adalah jenayah besar dalam dunia penulisan. Jangan lah kerana nak berlagak kita tahu semua dengan melakukan jenayah seperti itu. Tidak salah jika kita dengan rendah hati memberitahu sumber kita perolehi. Bukan semua benda kita tahu dalam dunia ini..

Dengan adanya google, artikel yang yang diciplak lebih senang untuk dikesan. Hanya taip tulisan dan search. Oleh itu jangan nak malukan diri sendiri dengan mengatakan dibawah artikel anda hak milik anda. cubala....

Tuesday, July 26, 2011

Poning

ayat ni..kalo baca......orang tembak tak kena
tok wan abang bg dulu..kitab pun masih ada dengan abg
abg bg kat adi sorang ja ni...
saya tak mahu bang(dalam hati mai aku tembak skali)

Jumpa lagi....
ayat ni kalo baca......
jadi macam ni....
sya x mau bang

Jumpa sekali lagi..perkara sama...

akhirnya betul cakap cikgu aku...

kata dia saya nak belajar ni......dengan adi..
maaf bang saya pun x tahu...
haha..

Sunday, May 22, 2011

Bukan kerana Dia



"Aku Khuathir akan membunuhnya kerana marah dan bukan kerana Allah"- Kata Saidina Ali ketika ditanya mengapa dia melepaskan musuhnya setelah musuh itu meludah mukanya."

Monday, April 11, 2011

sajak abah

Sajak abah yang di terbitkan dalam “ Mengejar Ufuk Fajar Memancar”. Ada 3 sajak abah yang diterbitkan dalam buku kumpulan sajak tersebut yang ditujukan buat penulis(Leo A.W.S) sempena persaraan beliau.
Surat untuk Leo
i

Leo
Pencen K.U.P DG 48, bersara
Meletak tahta guru
Sekolah menengah
Yang daerah itu dekat
Tapi Asing

Sekarang semua milikmu
Sinarmu di mana-mana

Leo
Tinggalah dunia perjawatan
Yang kehebatan terpinggir
Ucapan rasmi tuan
Detik hadnya
Kerana pentas itu asing
Tiap kerabat di maya sendiri

Leo dengan kalimah suci
Nekadmu
Bersara!
Kosong dada,kecil hati
Jiwa terpinggir
Rahmat adalah kebenaran
Maha Besar


ii

 Leo
Dah bersara
Rengganglah antaranya

Dalam itu
Semangat bertambah tua
Harta berbilang mungkin
Akal minda berusia

Jauh di medan mana
Harap tidak tergadai
Silatul-Rahim
Kerana khasiatnya
Penyubur umur
Penyubur rezeki
Talinya kuat ikatan
Teguh pegangan
Utuh pergantungan


iii

 Leo
Teruskan berpuisi
Tulislah benih dengki dari langit
Menentang Adam

Biak di fana dunia
Aksinya Habil dan Qabil
Sekarang
Subur disetiap wajah
Terbina utuh di atas
Kedengkian.

 Lot 943 Kg Beta Hilir
16/11/2010




Kata Leo A.W.S

Demikian sajak “Surat untuk Leo” yang bertulisan tangan cikgu Hj Mohd Ali Yusof atau dikenali dengan nama lain Mat Nor Wak Soh, di helaian kertas warna kekuningan- saya terima titipanya pada hari ke tiga Aidil Adha, Jumaat 12 Zulhijjah,1431H(19/11/2010)-diletakkan di anak tangga rumah; kami tidak sempat bersua kerana beliau tergesa-gesa akan pulang berziarah ke rumah asal isterinya cikgu Hajah Siah Binti Husin di Besut, Terengganu. Isterinya rakan sejawat  DG 48(KUP) juga di SMK Mulong. Haji Mohd Ali menyedarkan dirinya bahawa sajak ini daripada seorang sahabat, bukan penyair. Dan beberapa hari kemudian beliau memberikan sebuah lagi sajak sewaktu kami berjanji selepas waktu Asar di Masjid Mahmudiah ( Penulis namakan masjid tersebut atas makluman latar belakang sejarahnya; Mahmud aialah pengasas masjid; ayahanda kepada pak Imam tua, Hj Wan Haron Wan Mahmud), Dewan Beta.

Sajak kedua cikgu Mohd Aliadalah kesinambungan harapan dan doanya agar penulis Berjaya meneruskan cita-cita, dan hidup dalam keberkatan yang di redai-Nya. Justeru sajak Cikgu Mohd Ali lebih merupakan suatu pengghormatan bagi penulis yang mewakili para sahabat,kawan-kawan kenalan teristimewanya dari kalangan guru yang merestui persaraan. Terima kasih cikgu kerana menyokong penulis untuk berkarya
Sajak ketiga pula adalah adaptasi daripada kisah takbur dan bongkaknya Iblis ketika disuruh sujud pada Adam. Benih-benih tersebut terus berkembang biak hingga hari ini. Cikgu Mohd Ali mahu Leo menyedarkan masyarakat dengan sajak-sajaknya tentang kisah kedengkian,takbur dan sombong.

Sunday, April 3, 2011

Terkedu

Saya pernah menanyakan kepada salah seorang jurulatih yang bertaraf Harimau Pelangi Cula Sakti bila dia bising tentang ilmu 7 bayangan diri. 

Katanya 7 bayangan diri ni..bila begocoh jadi 7 bayang...

Ambo ooooooooooooooo saja sambil terkedu

Jahil kah aku,jahilkah dia...

Atau sebenarnya bukan semua benda dalam hidup kita ni kita perlu kaitkan dengan silat. Silat,silat,silat x sedar kain hok pakai 2 telodeh..bo2 la malu kokram..jangan wi oghe napok bodo kita..

Tuesday, March 29, 2011

Drama Dalang Rahimidin

Sebuah kisah penulis skrip yang tampil sebagai dalang...Si dalang bebas melakukan apa saja dalam drama miliknya itu. Terutama menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada masyarakat sonsang dan tidak betul.., cubaan menjadi dalang adalah satu kritikan pedas Rahimidin buat orang yang ingin menjadi dalang.




dok braso

dok braso reti doh..xdok belako hok ado so jah..
tapi gak dok bengong situ la kita..jenis bilang tak reti..oghe kato so dok braso kita 2 dua tiga pat belas semace..
amik gak mek mu air segelas wi minum..biar cerah perut cket...payoh jenis mato kelabu..tahu kelabu spek x buat2..malas retek..xleh kato gapo la...bobo la dok ngapun nyor..

Monday, March 14, 2011

Mendengar lagu-lagu Sifu

Tanya sama Hud-Hud membuat aku mencari Fariduddim At Thar dan Mantiq At Tyr
Kisah burung mencari si Muraq akhirnya burung bertemu burung

Bila Rumi menari mengenalkan Jalaluddin Ar Rumi dan Mathnawinya

Sahabat Gua pula tentang Ashabul kahfi

Dan banyak lagi lagu-lagunya memberi makna yang mendalam
Dan aku masih tercari-tercari maknanya

Aku juga mendegar keroncong untuk ana
Sukar untuk di beritahu dan di fahami
Kerana ana bukan seorang perempuan…………..

Monday, March 7, 2011

keris

Menilai sebilah besi yang di namakan keris. Entah kenapa aku agak berminat pada sebatang besi yang mungkin tiada apa gunanya di zaman ini kecuali kepada pesilat-pesilat yang banyak menghurai tentang sebilah besi dan menjual cerita-cerita menarik tentangnya.  Begitu juga kepada kolektor-kolektor keris yang menyimpan pelbagai jenis keris yang berlatarkan pelbagai budaya.Apa-apa pun aku tengah gila melela dan jawa berhulu keraton telah ku jual..ada juga orang kata kelestarian budaya.entah lah tapi aku memang minat keris sejak kecil lagi. 

Tuesday, February 15, 2011

Besi Tua dan Besi Muda

Melawat seorang guru tua bersama abah?

Abah: Budak ni gila besi
Guru tua bangun dan amik sebilah keris lama dan sebilah pedang
Aku: Menilik keris dan Pedang
Guru Tua : Tak kenal besi tua besi muda sesat pah mapuh.
Aku: Diam tak terkata(hati nak tau apa besi muda apa besi tua)

Thursday, February 10, 2011

Juruletih

Jurulatih: Ok sekarang kita pumping
Anak Murid : berapa cikgu?
Jurulatih: jangan banyak cakap, turun 20
Jurulatih : 1,2,3……20

Setengah anak murid setengah mati pumping, jurulatih dengan lancar membilang perlahan-lahan ke angka 20.

Kalau anak murid nakal macam saya tentu pot pet dalam hati, jurulatih ni bilang pandai buat boleh ker?

Saya teringat kata-kata pakcik yang mengajar silat tua “ pakcik tak akan ajar apa yang pakcik tak boleh buat”.

moral : mengajar silat tidak boleh dengan air liur,  
“Royat senang buat belum tentu buleh” 
Tammat

Tuesday, February 8, 2011

Sejarah

Semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu saya sering mengingatkan mahasiswa supaya tidak terlalu berbicara dan mengagungkan kecermelangan sejarah yang lampau.

Kita tidak boleh terlalu asyik dengan sejarah hinggakan sejarah kita hanya orang yang menagungkan sejarah bukan mencipta sejarah. Walaubagaimanapun sejarah itu juga perlu sebagai pembakar semangat dan panduan.

Dalam konteks silat, sejarah guru-guru kita tidak akan menjadikan kita seperti guru kita. Kita boleh menceritakan kehebatan guru-guru kita, latihan mereka,kuncian mereka, pukulan mereka, bertemu di luar gelanggang dan sebagainya.

Tetapi penceritaan tersebut hanya setakat cerita sahaja dan tidak memberi apa-apa erti dalam konteks persilatan kita.

Sejarah dalam silat juga mengundang kondisi yang tidak senang pihak lain apabila bercanggah dengan fakta yang kita ada. Fakta aku betul fakta kamu salah, dia tu cakap tak betul guru ni cakap macam ni, timbullah tuduh menuduh dan tidak puas hati di antara satu sama lain.

Bagi saya pendirian terbaik bagi anak gayong ialah mengiakan semua dan teruskan latihan dengan menjejak saki baki guru-guru yang ada..hok manis telan hok pahit kehet

Bekas
Presiden Pro Mahasiswa USM
Presiden Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara
Exco Majlis Perwakilan Pelajar USM

Monday, February 7, 2011

Ike singge

tekok raso nak make ike singge.tok payoh tunggu bini masok, maghin ambo maso sediri,mugo masok ni kelas hobi ambo.Hari ni ambo nak kongsi lagu mana nak masok ike singge. Masoke tradisi kelate ni bukan payoh mano pun..tapi gak sedap dio sapa belenjor air mulut.

Masok singge hok sedap gak ike tenggiri la,tapi gak ike gapo pun bulih blako. bawang putih dua ulas bawang merah 2 ulas, lengkuas dua tiga hiris, lada burung ikot la berapa pun asal bulih make singge tu, garam secukup raso, pah buh gula la sikit.masokan kelate tak leh laghi dari gulo..campur blako dalam puyuk.boh air gak masok la...tapi kalu nak tamboh lagi boh kace mior@bendi..

Tapi make singge ni kalu tok make dengan budu tok soh.make nge budu gak laju slalu, maghin ambo make sapa tigo pingge.

Nama

Kata ma..nama kami adik beradik merupakan sebuah sajak abah..

Melihat sebuah kebenaran
dari titisan-titisan embun pagi
Yang terpuji dalam kezuhudan ku
membenarkan zikir-zikirku
hingga terbit cahaya keizzahan Aku

dari sajak ini terbit lah
Adi Syahid
Nada Syahifah
Ahmad Zuhdi
Amin Zikri
Nurul Izzati

Azadi Razi, Nur Syazwani dan Najwa Imani diberikan oleh ma.

Kurma

Melihat jalan di Kota Bharu sekarang banyak di tanam pohon-pohon kurma. Aku rasa Ramadhan kali ini tidak payah beli kurma...atau sebenarnya  lebih baik tanam rambutan..tak nampak islam pun kurang-kurang boleh makan..

Sunday, February 6, 2011

Saturday, February 5, 2011

Mengelak

Yang terbaik bagi pesilat ialah mengelak daripada berlaku pergaduhan.Tapi jika melibatkan maruah dan agama masihkah mahu mengelak.

Sunday, January 30, 2011

tempur

Jika kita menyangka dalam tempur seperti latihan silat kita. itu satu kesilapan besar, dalam pertempuran tidak ada orang yang menumbuk lurus seterusnya merelakan dirinya dikunci dengan kemasnya dan memberi peluang kita dipukul dengan kuat dan cantik..seperti jurulatih yang berbengkung hitam tunjuk dengan eknya kepada anak murid..bagaimana latihan untuk pertempuran sebenar?

Thursday, January 27, 2011

Mandi Minyak

Saya sempat mandi bersama PSSGM Pulau Pinang di gelanggang pusat Alma, Bukit Mertajam. Apa yang menarik untuk dikongsi disini ialah tentang proses penyediaan minyak. Biasanya proses membuat minyak mengambil masa yang agak lama, tetapi dengan mengunakkan dapur gas proses tersebut hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Saya tidak pasti apa perbezaan diantara minyak yang dimasak dengan kayu api dan minyak daripada dapur gas. Cuma dari segi fizikal minyak yang dimasak mengunakan dapur gas agak jernih dan kurang bau.

Beratur menunggu nak celup tangan

Pak Akob sedang menerangkan cara mandi minyak

Wednesday, January 26, 2011

Gila

ada orang kata nak jadi pesilat perlu gila,setakat minat tidak cukup..tapi apa pun silat paling best ialah silat sembang.itu pun satu jenis kegilaan..pilih la kita nak mabuk dan gila apa...gila pompuan,gila pangkat,gila nama,gila bengkung,gila sandang...