Wednesday, October 14, 2009

Pak Ngah Izahar

Pak Ngah merupakan antara guru lama yang mendapat didikan terus dari arwah Dato'.

Beliau mula bergayong ketika berumur 13 tahun iaitu pada ogos 1957 di gelanggang Pantai Besar Batu Kurau.

Penulis sendiri beberapa kali berjumpa dan mengambil rasa tangan beliau, ketika di sekolah menengah lagi.

Pak Ngah merupakan seorang yang rendah diri dan tidak kelihatan macam seorang guru silat.

Tapi sekali ditangkap, jawabnya melekat kat tangan dia, dalam umur yang sudah lanjut, pak ngah masih lagi dapat pumping dengan satu jari.

bagi penulis Pak Ngah merupakan guru gayong yang mempunyai banyak ilmu dan tawwaduk


Pak Ngah mengajar seni cindai di rumah cikgu Muzairi, Hubungan Pak Ngah dengan Gayong Bachok agak rapat.

Sehingga hari ini beliau tidak pernah menolak bila dijemput ke Kelantan.

No comments:

Post a Comment