Tuesday, March 29, 2011

Drama Dalang Rahimidin

Sebuah kisah penulis skrip yang tampil sebagai dalang...Si dalang bebas melakukan apa saja dalam drama miliknya itu. Terutama menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada masyarakat sonsang dan tidak betul.., cubaan menjadi dalang adalah satu kritikan pedas Rahimidin buat orang yang ingin menjadi dalang.




dok braso

dok braso reti doh..xdok belako hok ado so jah..
tapi gak dok bengong situ la kita..jenis bilang tak reti..oghe kato so dok braso kita 2 dua tiga pat belas semace..
amik gak mek mu air segelas wi minum..biar cerah perut cket...payoh jenis mato kelabu..tahu kelabu spek x buat2..malas retek..xleh kato gapo la...bobo la dok ngapun nyor..

Monday, March 14, 2011

Mendengar lagu-lagu Sifu

Tanya sama Hud-Hud membuat aku mencari Fariduddim At Thar dan Mantiq At Tyr
Kisah burung mencari si Muraq akhirnya burung bertemu burung

Bila Rumi menari mengenalkan Jalaluddin Ar Rumi dan Mathnawinya

Sahabat Gua pula tentang Ashabul kahfi

Dan banyak lagi lagu-lagunya memberi makna yang mendalam
Dan aku masih tercari-tercari maknanya

Aku juga mendegar keroncong untuk ana
Sukar untuk di beritahu dan di fahami
Kerana ana bukan seorang perempuan…………..

Monday, March 7, 2011

keris

Menilai sebilah besi yang di namakan keris. Entah kenapa aku agak berminat pada sebatang besi yang mungkin tiada apa gunanya di zaman ini kecuali kepada pesilat-pesilat yang banyak menghurai tentang sebilah besi dan menjual cerita-cerita menarik tentangnya.  Begitu juga kepada kolektor-kolektor keris yang menyimpan pelbagai jenis keris yang berlatarkan pelbagai budaya.Apa-apa pun aku tengah gila melela dan jawa berhulu keraton telah ku jual..ada juga orang kata kelestarian budaya.entah lah tapi aku memang minat keris sejak kecil lagi.