Tuesday, February 15, 2011

Besi Tua dan Besi Muda

Melawat seorang guru tua bersama abah?

Abah: Budak ni gila besi
Guru tua bangun dan amik sebilah keris lama dan sebilah pedang
Aku: Menilik keris dan Pedang
Guru Tua : Tak kenal besi tua besi muda sesat pah mapuh.
Aku: Diam tak terkata(hati nak tau apa besi muda apa besi tua)

Thursday, February 10, 2011

Juruletih

Jurulatih: Ok sekarang kita pumping
Anak Murid : berapa cikgu?
Jurulatih: jangan banyak cakap, turun 20
Jurulatih : 1,2,3……20

Setengah anak murid setengah mati pumping, jurulatih dengan lancar membilang perlahan-lahan ke angka 20.

Kalau anak murid nakal macam saya tentu pot pet dalam hati, jurulatih ni bilang pandai buat boleh ker?

Saya teringat kata-kata pakcik yang mengajar silat tua “ pakcik tak akan ajar apa yang pakcik tak boleh buat”.

moral : mengajar silat tidak boleh dengan air liur,  
“Royat senang buat belum tentu buleh” 
Tammat

Tuesday, February 8, 2011

Sejarah

Semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu saya sering mengingatkan mahasiswa supaya tidak terlalu berbicara dan mengagungkan kecermelangan sejarah yang lampau.

Kita tidak boleh terlalu asyik dengan sejarah hinggakan sejarah kita hanya orang yang menagungkan sejarah bukan mencipta sejarah. Walaubagaimanapun sejarah itu juga perlu sebagai pembakar semangat dan panduan.

Dalam konteks silat, sejarah guru-guru kita tidak akan menjadikan kita seperti guru kita. Kita boleh menceritakan kehebatan guru-guru kita, latihan mereka,kuncian mereka, pukulan mereka, bertemu di luar gelanggang dan sebagainya.

Tetapi penceritaan tersebut hanya setakat cerita sahaja dan tidak memberi apa-apa erti dalam konteks persilatan kita.

Sejarah dalam silat juga mengundang kondisi yang tidak senang pihak lain apabila bercanggah dengan fakta yang kita ada. Fakta aku betul fakta kamu salah, dia tu cakap tak betul guru ni cakap macam ni, timbullah tuduh menuduh dan tidak puas hati di antara satu sama lain.

Bagi saya pendirian terbaik bagi anak gayong ialah mengiakan semua dan teruskan latihan dengan menjejak saki baki guru-guru yang ada..hok manis telan hok pahit kehet

Bekas
Presiden Pro Mahasiswa USM
Presiden Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara
Exco Majlis Perwakilan Pelajar USM

Monday, February 7, 2011

Ike singge

tekok raso nak make ike singge.tok payoh tunggu bini masok, maghin ambo maso sediri,mugo masok ni kelas hobi ambo.Hari ni ambo nak kongsi lagu mana nak masok ike singge. Masoke tradisi kelate ni bukan payoh mano pun..tapi gak sedap dio sapa belenjor air mulut.

Masok singge hok sedap gak ike tenggiri la,tapi gak ike gapo pun bulih blako. bawang putih dua ulas bawang merah 2 ulas, lengkuas dua tiga hiris, lada burung ikot la berapa pun asal bulih make singge tu, garam secukup raso, pah buh gula la sikit.masokan kelate tak leh laghi dari gulo..campur blako dalam puyuk.boh air gak masok la...tapi kalu nak tamboh lagi boh kace mior@bendi..

Tapi make singge ni kalu tok make dengan budu tok soh.make nge budu gak laju slalu, maghin ambo make sapa tigo pingge.

Nama

Kata ma..nama kami adik beradik merupakan sebuah sajak abah..

Melihat sebuah kebenaran
dari titisan-titisan embun pagi
Yang terpuji dalam kezuhudan ku
membenarkan zikir-zikirku
hingga terbit cahaya keizzahan Aku

dari sajak ini terbit lah
Adi Syahid
Nada Syahifah
Ahmad Zuhdi
Amin Zikri
Nurul Izzati

Azadi Razi, Nur Syazwani dan Najwa Imani diberikan oleh ma.

Kurma

Melihat jalan di Kota Bharu sekarang banyak di tanam pohon-pohon kurma. Aku rasa Ramadhan kali ini tidak payah beli kurma...atau sebenarnya  lebih baik tanam rambutan..tak nampak islam pun kurang-kurang boleh makan..

Sunday, February 6, 2011

Saturday, February 5, 2011

Mengelak

Yang terbaik bagi pesilat ialah mengelak daripada berlaku pergaduhan.Tapi jika melibatkan maruah dan agama masihkah mahu mengelak.