Sunday, January 30, 2011

tempur

Jika kita menyangka dalam tempur seperti latihan silat kita. itu satu kesilapan besar, dalam pertempuran tidak ada orang yang menumbuk lurus seterusnya merelakan dirinya dikunci dengan kemasnya dan memberi peluang kita dipukul dengan kuat dan cantik..seperti jurulatih yang berbengkung hitam tunjuk dengan eknya kepada anak murid..bagaimana latihan untuk pertempuran sebenar?

Thursday, January 27, 2011

Mandi Minyak

Saya sempat mandi bersama PSSGM Pulau Pinang di gelanggang pusat Alma, Bukit Mertajam. Apa yang menarik untuk dikongsi disini ialah tentang proses penyediaan minyak. Biasanya proses membuat minyak mengambil masa yang agak lama, tetapi dengan mengunakkan dapur gas proses tersebut hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Saya tidak pasti apa perbezaan diantara minyak yang dimasak dengan kayu api dan minyak daripada dapur gas. Cuma dari segi fizikal minyak yang dimasak mengunakan dapur gas agak jernih dan kurang bau.

Beratur menunggu nak celup tangan

Pak Akob sedang menerangkan cara mandi minyak

Wednesday, January 26, 2011

Gila

ada orang kata nak jadi pesilat perlu gila,setakat minat tidak cukup..tapi apa pun silat paling best ialah silat sembang.itu pun satu jenis kegilaan..pilih la kita nak mabuk dan gila apa...gila pompuan,gila pangkat,gila nama,gila bengkung,gila sandang...