Tuesday, February 8, 2011

Sejarah

Semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu saya sering mengingatkan mahasiswa supaya tidak terlalu berbicara dan mengagungkan kecermelangan sejarah yang lampau.

Kita tidak boleh terlalu asyik dengan sejarah hinggakan sejarah kita hanya orang yang menagungkan sejarah bukan mencipta sejarah. Walaubagaimanapun sejarah itu juga perlu sebagai pembakar semangat dan panduan.

Dalam konteks silat, sejarah guru-guru kita tidak akan menjadikan kita seperti guru kita. Kita boleh menceritakan kehebatan guru-guru kita, latihan mereka,kuncian mereka, pukulan mereka, bertemu di luar gelanggang dan sebagainya.

Tetapi penceritaan tersebut hanya setakat cerita sahaja dan tidak memberi apa-apa erti dalam konteks persilatan kita.

Sejarah dalam silat juga mengundang kondisi yang tidak senang pihak lain apabila bercanggah dengan fakta yang kita ada. Fakta aku betul fakta kamu salah, dia tu cakap tak betul guru ni cakap macam ni, timbullah tuduh menuduh dan tidak puas hati di antara satu sama lain.

Bagi saya pendirian terbaik bagi anak gayong ialah mengiakan semua dan teruskan latihan dengan menjejak saki baki guru-guru yang ada..hok manis telan hok pahit kehet

Bekas
Presiden Pro Mahasiswa USM
Presiden Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara
Exco Majlis Perwakilan Pelajar USM

2 comments: