Saturday, July 3, 2010

Kenangan Kursus Anak Gayong Bachok 2004

Nik Hakimi, Derul, Abg Di, Saya dan Abg Nije

waaa..kemana semuanya..Merah menyala..takut ambo
 ada berani lawan ngan pistol


Terima kasih Ustaz Derul kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini, moga jadi pembakar semangat kita untuk kembali bergayong


Sunday, June 20, 2010

Kursus Cindai Gayong Bachok

Sekitar kursus cindai Gayong Bachok yang dikendalikan oleh Pak Ngah Izahar Batu Kurau

Saturday, June 19, 2010

Berjumpa Murid Gayong Lama

Semalam saya berjumpa dengan salah seorang anak murid gayong tahun 1970 an yang belajar di Air Kuning Taiping. Pakcik Abd Rahim bin Omar merupakan seorang bekas komando tentera suatu ketika dahulu. Dalam perbualan semalam beliau menceritakan sedikit tentang guru-gurunya cikgu Majid Mat Isa, Awang Daud, Beliau juga menceritakan tentang orang kanan Meor Rahman iaitu Cikgu Mat Lazim yang cepat kakinya. walaubagaimanapun dia tidak mengetahui Cikgu Mat Lazim telah meninggal dunia.

Saya tidak dapat berbual panjang, kerana waktu hampir maghrib, Perbualan kami selama 1 jam setengah dia ada meluahkan rasa kekecewaan terhadap permainan Gayong pada hari ini yang semakin merosot setelah Meor Rahman tiada. 

Dia sudah berumur dalam 70 an dan sudah jauh dari Gayong. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan berjumpa lagi dengan Pak Rahim.

Friday, June 18, 2010

Kekeliruan

Mungkin ada sedikit kekeliruan dengan blog Anak Gayong Bachok ini. Ada segelintir menganggap blog ini merupakan blog rasmi bagi Gayong Bachok, yang sebenarnya blog ini lebih bersifat peribadi.

Blog ini adalah satu manifestasi ingatan saya sebagai salah seorang anak gayong Bachok kepada seni Gayong warisan Allahyarham Meor Rahman. 

Saya bukanlah siapa-siapa dalam seni Gayong sebaliknya hanya seorang ahli biasa yang rindu akan permainan yang telah lama bersebati dengan saya.

Oleh sebab tiada kesempatan untuk bergelanggang seperti dahula kala maka gelanggang maya inilah yang menjadi pengubat rindu saya..

Untuk mengelak sebarang kekeliruan lagi, maka blog ini ditukar nama kepada Lensa Anak Gayong...


Bersama memartabat Seni Gayong..Gayong Bergayut Kata Bersahut, Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Wednesday, June 16, 2010

Suatu ketika dahulu

Adi Syahid(baju hitam), Nik Hakimi(kanan), Tengku Ahmad Ridha(Kiri)....Kurang ingat program apa, tapi yang masih diingati ialah kengerian demo ketika itu.

Tuesday, June 8, 2010

Ujian Kenaikan Bengkung SMK Kubang Kerian 1

Setelas habis mata pelajaran bengkung hitam kosong, anak-anak gayong SMK Kubang Kerian 1, telah mengadakan ujian kenaikan bengkung di padang sekolah mereka. Mereka bertuah kerana di uji sendiri oleh abang lan.




Gayong-gayong sedia!!!!!!!!!!!!!

curahan ilmu dan tips berguna dari cikgu Roslan

Monday, May 24, 2010

Guru-Guru Ku

 Jasa kalian tidak terbalas ...Alhamdulillah, Allah menetapkan kalian sebagai guru-guruku..terima kasih banyak cikgu..Gambar terbaru mereka bertiga yang diambil dari blog Cikgu Nasir.





Sunday, May 23, 2010

Pembetulan

kursus anak gayong Bachok di awalkan sehari...17hb 6 2010

Wednesday, May 12, 2010

Kursus

Kursus: Kursus Anak Gayong Bachok
Tarikh: 18HB Dan 19HB JUN 2010
Tempat: SRI NIPAH,BACHOK
Bayaran: RM 85
Gurulatih: PAK NGAH IZAHAR BATU KURAU

P/s anak gayong Bachok yang berkelapangan sama-sama kita balik kampung meriahkan kursus, peluang yang ada jangan disia-siakan.




Wednesday, April 21, 2010

Pencarian Gayong


Ilmu Meor Rahman bukan hanya ada pada guru kita sahaja, Ilmunya diturunkan kepada ramai anak murid di merata dunia. 

Oleh sebab itu, janganlah kita menghalang anak murid yang ingin mencarinya, benarkan mereka belajar dengan sesiapa sahaja, Ilmu Dato' mungkin ada sedikit di Gayong Malaysia, Gayong Pasak, Pusaka Gayong dan pelbagai pertubuhan berdaftar. Ilmu beliau juga mungkin ada di tangan anak-anak gayong lama yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan. benarkan mereka berjalan mencari, sebagai guru tunjukkanlah jalan kepada mereka.


Sebagai murid pula janganlah kita meninggalkan guru kita, seburuk-buruk guru kita dia lah yang mengenalkan kita kepada silat. Hormatilah dia, kerana sehebat mana pun ilmu yang kita dapat dialah permulaanya.




Saturday, March 27, 2010

Senaman Rutin

Sebelum memulakan latihan sebaik-baiknya lakukan aktiviti senaman memanaskan badan yang meliputi semua semua aspek senaman :

1. Kecergasan (kardiovaskular)

2. Kelenturan (regangan)

3. Kekuatan sendi-sendi

4. Senaman perut

Senaman – senaman ini hendaklah bermula sama ada dari kepala sampailah ke kaki ataupun dari kaki hinggalah ke kepala.

Masa untuk setiap senaman mestilah sekurang-kurangnya 16 bilangan atau pun lebih untuk mendapatkan kesannya.
 
CIKGU NASIR

Friday, March 26, 2010

CIKGU ROSLAN DARI BLOG FAIZ

Introducing Cikgu Roslan bin Ramli… He is one of my grandmasters, besides Ayah Su, Cikgu Yie and Abe Di. Among us, he is known as Abe Lan. All of us whether the seniors or juniors call him Abe Lan. Perhaps it is because he is among the super senior member of Gayong Bachok since teenage.

Abe Lan showing some moves.

He learns Gayong since he was in primary school, firstly under Cikgu Cik Yub (end of 70’s and early 80’s). Abe Lan and his colleagues took care of Gayong Bachok after Cikgu Cik Yub was transferred out of Bachok. Their journey did not stop there. They move on to gather Gayong knowledge under whoever were capable of fulfilling their needs. They would travel anywhere in Kelantan if they heard the person can teach Gayong.
 
Abe Lan in the red belt (Ayah Su and ? in green belt).

Those days, Cikgu Awang Daud called him Lan Kachung (Belalang Kachung @ Praying Mantis). Not because he masters the praying mantis moves or something, but because his tall and slender body and his ability to jump high and far. huu
Young and Dangerous 1985? The year when I was born, they have already bathed in sweat and blood for how many years.. huu

Being in Gayong, one cannot escape sacrificing his time, money and energy. Abe Lan and his colleagues can be a profound example to portray the issue. One of the stories that he has shared was how they  go to the centralised Gayong practice at Gelanggang Seni, Kota Bharu, twice  a week (correct me if I am wrong). They went  to Kota Bharu in the evening, bringing together with them the things needed to go to school the next day. After silat practice, they would sleep anywhere available, i.e. Musalla or the Hospital. They woke up early in the morning to catch the first bus to Bachok, ready with their school attire.

Teaching also is a way for martial artists to learn, gain experiences and sharpen their skills. Abe Lan is also one of them. He has quite a number of students especially in Bachok. According to one of his students that I recently met, Abe Lan was a very strict teacher (which I can hardly believe because he is not like that nowadays). When I was in my secondary school, I had little chance to learn from Abe Lan because Cikgu Muzairi has already taken care of us. We only met him once in a while during courses and functions organised. We have the chance to get to know him better during and after the upper secondary years. Believe me that Abe Lan has a lot to share and we should grab the opportunity while it lasts.

There many more inspiring stories behind the scenes in his searching for gayong. It makes me feel ashamed to myself because I am nothing compared to them. I should make them as example to my own path, not just stop in the middle of the journey before the time comes. huu

FAIZ LAZIM

Tuesday, March 16, 2010

Kursus

Pada 11 hingga 13 Mac yang lalu, Gayong Warisan Kelantan telah mengadakan Kursus Intensif di D' Muara Chalet, Pantai Sri Nipah Bachok. Alhamdulillah kursus tersebut berjalan dengan lancar.
Gambar anak-anak Gayong semasa kursus tersebut...Gambar ini diambil dari blog cikgu nasir

Monday, March 8, 2010

Cikgu Jamidie

Orangnya agak pendiam, tapi bila berbicara tuturnya lemah lembut. Namun bila di gelanggang lain pulak jadinya. Inilah jurulatih saya Abang Jamidie.

Abg jamidi, Pak Ngah dan Najmi
di kala, anak murid cikgu bertukar ganti berpencak di gelanggang, abang di masih setia dicelah anak-anak gayong bachok..

terima kasih kerana sudi mengenalkan saya apa itu tumbuk dan sepak

2 Pendekar Mesir

Ustaz Hamzah mengayakan gerakan harimau di bumi Mesir

Ustaz Nik Hakimi dengan gerakan Teratai

Mereka berdua merupakan anak Gayong Bachok yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir, Gerakan yang dipamer mereka merupakan antara gerakan yang diajar oleh Pak Ngah Izahar Batu Kurau dan disembahkan sempena kemerdekaan Malaysia di Mesir. Diharapkan mereka terus bergayong. Kedua-dua ustaz ini sekarang menabur khidmat sebagai pendidik di Sarawak(Nik Hakimi) dan Melaka(Hamzah).

Sunday, March 7, 2010

panorama lalu

Gambar Cikgu Nasir, Cikgu Sazali , Pak Ngah Izahar dan Hj Harun yang sedang bersembang di SMK Sultan Muhammad Shah, Parit....Gambar ini diupload untuk mengingati Allahyarham Hj Harun yang telah kembali kerahmatullah. Saya datang ke Kedah ketika beliau sudah tiada..tiada rezeki menuntut denganya..Alfatihah untuk beliau.

Gambar disebat dari blog cikgu nasir..

Wednesday, March 3, 2010

Cikgu Nasir Dan Cikgu Muzairi dari blog Cikgu Hakim

I think that both of them are destined together in Silat. They are the leaders of Gayong Warisan in Kelantan. Cikgu Nasir is one of the expert of traditional Malay weapons, even though he tries not to claim it. "A tiger is still a tiger even though he says he's only a cat, for the reason of modesty!" (i create this quote. T-M. hehehe). I personally suggest for anyone who would like to find any Malay weapons to see with him. Reasonable price. But the important is good quality. He makes me think deeply when I asked him, why the Keris made in Malaysia has a higher price than the Keris made in Indonesia, even though the quality is probably same. He made an analogy, of a young man, want to marry a Malaysian girl or an Indonesian girl. Both are women. Both speak Malay. Both are raised in Malay culture. But the different is that, in Malaysia, you need more money to "get" the father's permission, to be compared with in Indonesia! I think, RM 5000 (about 1000 Euros) is a "normal rate" nowadays for a Malay girl with Diploma or Degree! hehhehehe. ***still working on for RM 11,111.11..... ***** ;p



Cikgu Muzairi is a serious looking man. The first time I met him at Cikgu Nasir's house, I made a prayer in my heart that I don't say any stupid thing that may make him angry. I was sure that if he scold me, I would have run away and left my car at Cikgu Nasir's house, and take a taxi to go back home without even looking back! hehehehehe. Sorry Cikgu, just kidding! ;p


They are among the the young Pendekars, when Silat Seni Gayong were introduced for the first time in Kelantan. They've learned from the late Cikgu Zul (correct me if i'm wrong Cikgus!), Cikgu Awang Daud, Cikgu Sazali, Ustaz Khalid and Pak Ngah Izahar. Not mention others masters of Gayong, other Pencak Silat masters and the Syeikhs). Now, both of them are teachers in school. Both of them are the Wasit, among those who popularize Silat Seni Gayong in schools.




There has been a story circulates among the Gayong leaders, before the late Cikgu Siti Kalsom died. She would have chosen "Gayong Bachok" group as the leaders of Gayong in Kelantan. It proves that they have fulfilled their responsibilities correctly, by truly keeping the MAHAGURU's wish and also the Cikgu Siti's. They always say to me, to make Gayong as the late MAHAGURU's property. Never make it mine. I take the benefit from Gayong, and fulfill it's right. That was the day I understand how the Adat is much more superior than anything in Silat Seni Gayong....

I've learned many things from them, not so much compared with their students in Bachok who train every week and always be with them in every program. But still, their "Petuas" and tips make me feel even confident and stronger to continue my effort of teaching in Europe. Thank you for everything Cikgus! (still got many syllabus to be learned from them. Need to go back to Malaysia again. hoohohohoho. Wink wink!)

CIKGU SAIFUL HAKIM

Tuesday, March 2, 2010

The Gelanggang

Last Chinese New Year holiday, I had a chance to visit my master’s weekly class at his home. There are many new faces that I could not recognise, perhaps they rarely go to the gelanggang or maybe I am the one who should be blamed because I have never shown my face there. Some of the faces I barely recognise. A few others I know because they are my teachers as they have learned silat long before me.
Ayah Su (Cikgu Nasir) in green Baju Melayu is watching his apprentices.

Despite all that, one thing that I am pretty sure about them, based on my short observation during the training session. They are all really good. At least better than me. I am happy for them because they are the chosen ones who are given the permission to explore their forgotten inheritance on their own will.

May God grant us with the strength of istiqamah at all the times.

Faiz Lazim



Belajar Gayong untuk apa

nak jadi hebat ka..
nak bengkung hitam cula ka
nak jawatan ka
nak sandang ka...
bezakan niat yang harus,wajib,haram dan sunat..
baru hidup jadi selamat

Thursday, February 18, 2010

tempat jatuh lagi di kenang ini kan tempat bermain

Gelanggang ini meninggalkan seribu kenangan kepada anak Gayong Maahad Muhammadi Lelaki...

Sunday, February 7, 2010

Gayong

Masihkah ada pengamal gayong yang membawa jalan lain dari Dato' Meor Rahman.

Gayong yang kita lihat hari ini adalah gayong yang telah disusun buah dan permainanya

Bagaimanakah permainan sebenar Syed Zainal Al Attas

Masih adakah muridnya yang lain selain Dato' Meor yang masih hidup

Bertikam Keris

Bila dua pesilat memegang keris, mampukah salah seorang menikam lawanya..umpama seperti dua orang mengacu pistol sesama mereka, pasti kedua-keduanya mati.

Kecuali mereka diam dan memerhati siapa berkelip mata, baru ditikam atau ditembak.

Melihat permainan hari ini, hampir tidak ada bila seorang melangkah sumbang baru lawanya akan menikam, sebaliknya banyak yang mengayakan permainan menikam dengan tapak menanti dan tapak menyerang.

apa salah kalo ditonjol sedikit permainan keris yang menikam ketika musuh dalam keadaan tapak sonsang.
secara logiknya jika ditikam tapak berdepan alamatnya kedua-duanya mati.

walaubagaimanpun tapak ia hanya sebuah permainan.

Tidak juga salah menunjukkan aspek praktikal dengan menikam ketika musuh dalam keadaan sonsang

Bermain  tapak berdepan pun tidak salah..kerana ia umpama bermain bola dipetang hari....bukan sebuah perlawanan merebut sebentuk piala...
 
Lakaran gambar Tuah Jebat ini menunjukkan bagaimana  keris ditikam ketika tapak salah seorang sonsang

Friday, January 29, 2010

Geng 8...Gayong Maahad MUhammadi

Gambar ini dirakam sebelum lakonan pentas sempena majlis makan malam Gayong Maahad Muhammadi, Kalau tidak silap penulis gambar ini dirakam sekita tahun 1997 atau 1998.

Thursday, January 28, 2010

Gelanggang Sek Men Keb Mulong

Ura-ura penutupan gelanggang Gayong Warisan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong sudah terjawab. Pihak pengurusan masih lagi mahu meneruskan latihan di gelanggang tersebut setelah Jurulatih masih mahu meneruskan latihan walaupun segelintir pelajar tidak membayar yuran.


Tahniah atas semangat Tengku Ahmad Ridha yang masih bersemangat mendidik anak bangsa mengenal seni Gayong.

gelanggang SMK MUlong

Seni Gayong

Berabad sudah Gayong beraksi
Bealih bulan beralih tahun
Masih dikagumi masih dibelai
Lenggok tari dipenuhi seni

Tiada sorak iringi tari
Langkah dibuka semangat dipadu
Masih menari seorang diri
Mengharap cicit mewarisi seni
Namun seni cicit berbeza sekali
Langkah sumbang seni kecundang
Tari cicit caca merba

Tari cicit dikunci mati sejarah
Moyang dihidu kembali
Dipenuhi semangat meresap di jiwa
Cicit datang berguru kembali
Seni moyang cicit akui
cicit galak seorang diri
Mempamer seni warisan Gayong

Di kunci hati dunia metropolitan
terpaku terpikat kehebatan seni moyang
Seni moyang cicit persembahkan

Monday, January 25, 2010

Mandi Minyak di Maahad Muhammadi


Program mandi minyak Maahad Muhammadi bersama Pak Ngah Izahar batu kurau

Thursday, January 21, 2010

Kunci mati



Gayong sememangya amat dikenali dengan Kunci Mati. Terdapat beratus-ratus kunci mati yang ada dalam Gayong, bermula dengan tujuh biji di pecah menjadi 49, dalam 49 itulah adanya kunci mati 11 hingga 21, 49 biji itu dipecah lagi tiap satu kepada tujuh....

Soalnya sempatkah dengan sistem pelajaran hari ini, kita dapat menghabiskan semua kunci mati dalam Gayong. ataupun ia terkubur begitu sahaja..

Menurut Pak Ngah Izahar, ramai yang berjumpanya untuk mengambil semua kunci mati tetapi hanya sekerat jalan, kalau di beri pun mereka akan lupa...

Peranan besar anak gayong ialah mencari guru-guru tua yang masih ada untuk mewarisi ilmu tersebut..