Sajak abah yang di terbitkan dalam “ Mengejar Ufuk Fajar Memancar”. Ada 3 sajak abah yang diterbitkan dalam buku kumpulan sajak tersebut yang ditujukan buat penulis(Leo A.W.S) sempena persaraan beliau.
Surat untuk Leo
i
Leo
Pencen K.U.P DG 48, bersara
Meletak tahta guru
Sekolah menengah
Yang daerah itu dekat
Tapi Asing
Sekarang semua milikmu
Sinarmu di mana-mana
Leo
Tinggalah dunia perjawatan
Yang kehebatan terpinggir
Ucapan rasmi tuan
Detik hadnya
Kerana pentas itu asing
Tiap kerabat di maya sendiri
Leo dengan kalimah suci
Nekadmu
Bersara!
Kosong dada,kecil hati
Jiwa terpinggir
Rahmat adalah kebenaran
Maha Besar
ii
Leo
Dah bersara
Rengganglah antaranya
Dalam itu
Semangat bertambah tua
Harta berbilang mungkin
Akal minda berusia
Jauh di medan mana
Harap tidak tergadai
Silatul-Rahim
Kerana khasiatnya
Penyubur umur
Penyubur rezeki
Talinya kuat ikatan
Teguh pegangan
Utuh pergantungan
iii
Leo
Teruskan berpuisi
Tulislah benih dengki dari langit
Menentang Adam
Biak di fana dunia
Aksinya Habil dan Qabil
Sekarang
Subur disetiap wajah
Terbina utuh di atas
Kedengkian.
Lot 943 Kg Beta Hilir
16/11/2010
Kata Leo A.W.S
Demikian sajak “Surat untuk Leo” yang bertulisan tangan cikgu Hj Mohd Ali Yusof atau dikenali dengan nama lain Mat Nor Wak Soh, di helaian kertas warna kekuningan- saya terima titipanya pada hari ke tiga Aidil Adha, Jumaat 12 Zulhijjah,1431H(19/11/2010)-diletakkan di anak tangga rumah; kami tidak sempat bersua kerana beliau tergesa-gesa akan pulang berziarah ke rumah asal isterinya cikgu Hajah Siah Binti Husin di Besut, Terengganu. Isterinya rakan sejawat DG 48(KUP) juga di SMK Mulong. Haji Mohd Ali menyedarkan dirinya bahawa sajak ini daripada seorang sahabat, bukan penyair. Dan beberapa hari kemudian beliau memberikan sebuah lagi sajak sewaktu kami berjanji selepas waktu Asar di Masjid Mahmudiah ( Penulis namakan masjid tersebut atas makluman latar belakang sejarahnya; Mahmud aialah pengasas masjid; ayahanda kepada pak Imam tua, Hj Wan Haron Wan Mahmud), Dewan Beta.
Sajak kedua cikgu Mohd Aliadalah kesinambungan harapan dan doanya agar penulis Berjaya meneruskan cita-cita, dan hidup dalam keberkatan yang di redai-Nya. Justeru sajak Cikgu Mohd Ali lebih merupakan suatu pengghormatan bagi penulis yang mewakili para sahabat,kawan-kawan kenalan teristimewanya dari kalangan guru yang merestui persaraan. Terima kasih cikgu kerana menyokong penulis untuk berkarya
Sajak ketiga pula adalah adaptasi daripada kisah takbur dan bongkaknya Iblis ketika disuruh sujud pada Adam. Benih-benih tersebut terus berkembang biak hingga hari ini. Cikgu Mohd Ali mahu Leo menyedarkan masyarakat dengan sajak-sajaknya tentang kisah kedengkian,takbur dan sombong.