Sunday, June 20, 2010

Kursus Cindai Gayong Bachok

Sekitar kursus cindai Gayong Bachok yang dikendalikan oleh Pak Ngah Izahar Batu Kurau

Saturday, June 19, 2010

Berjumpa Murid Gayong Lama

Semalam saya berjumpa dengan salah seorang anak murid gayong tahun 1970 an yang belajar di Air Kuning Taiping. Pakcik Abd Rahim bin Omar merupakan seorang bekas komando tentera suatu ketika dahulu. Dalam perbualan semalam beliau menceritakan sedikit tentang guru-gurunya cikgu Majid Mat Isa, Awang Daud, Beliau juga menceritakan tentang orang kanan Meor Rahman iaitu Cikgu Mat Lazim yang cepat kakinya. walaubagaimanapun dia tidak mengetahui Cikgu Mat Lazim telah meninggal dunia.

Saya tidak dapat berbual panjang, kerana waktu hampir maghrib, Perbualan kami selama 1 jam setengah dia ada meluahkan rasa kekecewaan terhadap permainan Gayong pada hari ini yang semakin merosot setelah Meor Rahman tiada. 

Dia sudah berumur dalam 70 an dan sudah jauh dari Gayong. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan berjumpa lagi dengan Pak Rahim.

Friday, June 18, 2010

Kekeliruan

Mungkin ada sedikit kekeliruan dengan blog Anak Gayong Bachok ini. Ada segelintir menganggap blog ini merupakan blog rasmi bagi Gayong Bachok, yang sebenarnya blog ini lebih bersifat peribadi.

Blog ini adalah satu manifestasi ingatan saya sebagai salah seorang anak gayong Bachok kepada seni Gayong warisan Allahyarham Meor Rahman. 

Saya bukanlah siapa-siapa dalam seni Gayong sebaliknya hanya seorang ahli biasa yang rindu akan permainan yang telah lama bersebati dengan saya.

Oleh sebab tiada kesempatan untuk bergelanggang seperti dahula kala maka gelanggang maya inilah yang menjadi pengubat rindu saya..

Untuk mengelak sebarang kekeliruan lagi, maka blog ini ditukar nama kepada Lensa Anak Gayong...


Bersama memartabat Seni Gayong..Gayong Bergayut Kata Bersahut, Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Wednesday, June 16, 2010

Suatu ketika dahulu

Adi Syahid(baju hitam), Nik Hakimi(kanan), Tengku Ahmad Ridha(Kiri)....Kurang ingat program apa, tapi yang masih diingati ialah kengerian demo ketika itu.

Tuesday, June 8, 2010

Ujian Kenaikan Bengkung SMK Kubang Kerian 1

Setelas habis mata pelajaran bengkung hitam kosong, anak-anak gayong SMK Kubang Kerian 1, telah mengadakan ujian kenaikan bengkung di padang sekolah mereka. Mereka bertuah kerana di uji sendiri oleh abang lan.




Gayong-gayong sedia!!!!!!!!!!!!!

curahan ilmu dan tips berguna dari cikgu Roslan