Friday, January 29, 2010

Geng 8...Gayong Maahad MUhammadi

Gambar ini dirakam sebelum lakonan pentas sempena majlis makan malam Gayong Maahad Muhammadi, Kalau tidak silap penulis gambar ini dirakam sekita tahun 1997 atau 1998.

Thursday, January 28, 2010

Gelanggang Sek Men Keb Mulong

Ura-ura penutupan gelanggang Gayong Warisan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong sudah terjawab. Pihak pengurusan masih lagi mahu meneruskan latihan di gelanggang tersebut setelah Jurulatih masih mahu meneruskan latihan walaupun segelintir pelajar tidak membayar yuran.


Tahniah atas semangat Tengku Ahmad Ridha yang masih bersemangat mendidik anak bangsa mengenal seni Gayong.

gelanggang SMK MUlong

Seni Gayong

Berabad sudah Gayong beraksi
Bealih bulan beralih tahun
Masih dikagumi masih dibelai
Lenggok tari dipenuhi seni

Tiada sorak iringi tari
Langkah dibuka semangat dipadu
Masih menari seorang diri
Mengharap cicit mewarisi seni
Namun seni cicit berbeza sekali
Langkah sumbang seni kecundang
Tari cicit caca merba

Tari cicit dikunci mati sejarah
Moyang dihidu kembali
Dipenuhi semangat meresap di jiwa
Cicit datang berguru kembali
Seni moyang cicit akui
cicit galak seorang diri
Mempamer seni warisan Gayong

Di kunci hati dunia metropolitan
terpaku terpikat kehebatan seni moyang
Seni moyang cicit persembahkan

Monday, January 25, 2010

Mandi Minyak di Maahad Muhammadi


Program mandi minyak Maahad Muhammadi bersama Pak Ngah Izahar batu kurau

Thursday, January 21, 2010

Kunci mati



Gayong sememangya amat dikenali dengan Kunci Mati. Terdapat beratus-ratus kunci mati yang ada dalam Gayong, bermula dengan tujuh biji di pecah menjadi 49, dalam 49 itulah adanya kunci mati 11 hingga 21, 49 biji itu dipecah lagi tiap satu kepada tujuh....

Soalnya sempatkah dengan sistem pelajaran hari ini, kita dapat menghabiskan semua kunci mati dalam Gayong. ataupun ia terkubur begitu sahaja..

Menurut Pak Ngah Izahar, ramai yang berjumpanya untuk mengambil semua kunci mati tetapi hanya sekerat jalan, kalau di beri pun mereka akan lupa...

Peranan besar anak gayong ialah mencari guru-guru tua yang masih ada untuk mewarisi ilmu tersebut..