Thursday, October 29, 2009

Pesan Guru

Awal-awal bergayong pada tahun 1996 dahulu, antara pesan guru saya ialah


Ikot resmi padi jangan ikot resmi lalang, makin berisi makin menunduk'

Semakin lama menuntut ilmu silat menjadikan kita semakin takut pada kebesaran Allah, Ilmu yang diisi kedada merupakan sedikit ilmu dari Allah, Guru saya sering menununjukkan hujung jari yang ditekanya dengan ibu jari, hendak menunjukkan ilmu yang kita dapat hanyalah sekelumit pemberian Allah yang menjadi amanah untuk kita.

Amanah adalah tanggungjawab bukan kebanggaan

Renung2lah wahai diri dan sahabat...

Jagalah Pusaka Bangsa ini

Kenangan Gayong Bachok


Kursus bersama cikgu Awang(2001)




Kemana mereka...em kalau open table sekali-sekala apa salahnya!
masa dan jarak memisahkan mereka



Mandi Minyak Herba..huhu



Latihan Sundang bersama Cikgu Li(anak angkat ADMAR)
sambil diperhatikan Pak Ngah



Mandi Minyak di sekolah lama saya..Maahad Muhammadi Lelaki

Sunday, October 25, 2009

Bengkung, Silibus dan Silat

Perkembangan silat yang semakin moden menyebabkan, pengajaran secara silibus yang teratur, setiap silibus yang di habiskan akan dianugarahkan dengan bengkung.

Dalam Seni gayong, silibus secara asas di bahagikan kepada bengkung hitam kosong, putih, hijau, merah, kuning dan Hitam.

tetapi dalam gelanggang sebenar masih kah ingatan kepada silibus menjadi ukuran atau faham tapak dan falsafah silat sebagai pakaian.

Bagi anak-anak gayong dan diri penulis, faham menjadi ukuran penting dalam silat di tambah dengan latihan yang di ulang-ulang, jangan pandang pada bengkung kerana silibus boleh di ingat bengkung boleh di beli.

Jangan sampai kita harta bertimbun tapi tidak pandai membeli.

Berkunjung ke rumah Pak Ngah

Ajakan Faiz ke rumah Pak Ngah di Batu Kurau menyebabkan saya membuat keputusan drastik untuk menunda sehari hasrat untuk balik ke kampung. Bukan senang nak menuntut dari pewaris gayong ini.

InsyaAllah ada masa dan kesempatan, kami akan berkunjung lagi ke teratak Pak Ngah, harap Pak Ngah tidak jemu melayan karenah kami

Terima kasih kepada cikgu Nasir, cikgu Muzairi dan Abang Lan kerana membuka lorong untuk kami menuntut dengan pewaris Gayong ini.



Barisan kiri : Ustaz Khalid, Nazzmi dan Pak Ngah
Barisan kanan: Warid,Cikgu Mat dan penulis
(gambar diciplak dari blog Faiz)


Pak Ngah, Kacau air kopi untuk kami yang sedang besilat...nak cari kat mana gurulatih macamni.?=)
Waktu ni kalau tak silap pukul 3 atau 4 pagi










warid, faiz dan najmie khusuk mendegar curahan mutiara dari Pak Ngah..tulis jangan tak tulis



saya bersama Pak Ngah



Wednesday, October 14, 2009

Pak Ngah Izahar

Pak Ngah merupakan antara guru lama yang mendapat didikan terus dari arwah Dato'.

Beliau mula bergayong ketika berumur 13 tahun iaitu pada ogos 1957 di gelanggang Pantai Besar Batu Kurau.

Penulis sendiri beberapa kali berjumpa dan mengambil rasa tangan beliau, ketika di sekolah menengah lagi.

Pak Ngah merupakan seorang yang rendah diri dan tidak kelihatan macam seorang guru silat.

Tapi sekali ditangkap, jawabnya melekat kat tangan dia, dalam umur yang sudah lanjut, pak ngah masih lagi dapat pumping dengan satu jari.

bagi penulis Pak Ngah merupakan guru gayong yang mempunyai banyak ilmu dan tawwaduk


Pak Ngah mengajar seni cindai di rumah cikgu Muzairi, Hubungan Pak Ngah dengan Gayong Bachok agak rapat.

Sehingga hari ini beliau tidak pernah menolak bila dijemput ke Kelantan.

Thursday, October 1, 2009

Kursus Keris

1 & 2 Jun 2009 lalu Gayong Bachok menjemput Pak Ngah Izahar, Ustaz Khalid serta anak Gayong batu Kurau untuk mengendalikan Kursus Keris siri 1 Gayong Warisan Malaysia.

Walaupun penulis tidak dapat menghadiri sepenuhnya kursus tesebut kerana sibuk dengan urusan nikah kawin, ada dua peristiwa yang mendebarkan pemulis pada Kursus tersebut.

Pertama Keris penulis tercabut dari hulu dan melambung keatas dan matanya menjunam jatuh kebawah, fuh selamat tak kena.

Kedua Keris melayang kedepan, nasib baik tak ada orang kat depan.

Cuba bayang besi dan kulit mana lebih keras?

pengajaranya yang penulis dapat ialah hati-hati masa bermain kita tidak ada spare part nak ganti....=)

Ini gambar sekitar Kursus tersebut yang penulis kutip dari blog sahabat gayong.